ADUN Johor Terlibat Kes Gangguan Seksual, 11 Individu Dipanggil Beri Keterangan

21 Jan 2022 • 3:22 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
dos penggalak

Baru-baru ini, seorang Ahli Undangan Negeri (ADUN) Johor didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual dan seramai 11 individu telahpun dipanggil untuk memberi keterangan.

Menurut laporan Sinar Harian, kes masih lagi sedang dilengkapkan untuk mendapatkan laporan siasatan yang lebih terperinci dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Kes ini masih dalam siasatan, memang kita maklum akan siap minggu ini tetapi maklumat masih dikumpul. Kita juga sedang berbincang dengan pihak perundangan untuk kemaskan lagi siasatan.

Sebelum ini, terdapat satu laporan polis oleh seorang wanita berusia 26 tahun yang dibuat berhubung kes itu di Balai Polis Kota Tinggi.

Laporan tular di media sosial

Kemudian, laporan tersebut tular di media sosial yang mendakwa wanita tersebut telah diganggu secara seksual banyak kali.

Namapun ADUN, patutnya tunjuklah contoh yang baik. Kalau betul, semoga dia diberi hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.