Hospital medan Sibu dibina hadapi peningkatan kes Covid-19

29 Jan 2022 • 6:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SIBU - Langkah kerajaan Sarawak membina hospital medan secara kekal di pekarangan Hospital Sibu adalah sebagai persiapan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya lonjakan kes Covid-19 di bahagian itu pada masa akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, hospital yang berkapasiti 100 katil itu, menelan kos lebih RM1.6 juta dan dibina sejajar dengan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dan dipersetujui Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

"Kita buat persiapan seperti ini kerana kita telah belajar dari pengalaman lepas, di mana apabila berlaku lonjakan kes, kemudahan katil dan wad ICU (Unit Rawatan Rapi) tidak mencukupi,” katanya ketika sidang akhbar majlis penyerahan hospital medan kepada pihak Hospital Sibu di sini pada Sabtu.

Hospital Sibu diwakili pengarahnya, Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu. Hadir sama, Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dr Annuar Rapaee.

Uggah yang juga pengerusi JPBN berkata, hospital yang serupa akan dibina di bahagian-bahagian lain di Sarawak, jika ada keperluan.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan masyarakat Cina di Sarawak yang akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina dalam beberapa hari lagi untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan dan peningkatan kes Covid-19 di Sabah. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved