Vaksin COVID-19 dari Jepun ini tak perlukan booster dan ia melindungi anda sepanjang hayat

Health & Fitness
3 Jan 2022 • 12:13 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Vaksin demam cacar telah dibangunkan dalam tahun 1796 dan vaksin yang sama digunakan oleh WHO untuk pelalian sarwajagat keatas penduduk dunia. Sejak itu, kes positif demam cacar terakhir direkodkan kita adalah dalam tahun 1977.

Anda pernah dengar perlunya dos penggalak untuk demam cacar setiap tahun? Pihak berkuasa Amerika Syarikat menyarankan penduduknya mengambil pelalian demam cacar sekitar 5 hingga 10 tahun sekali.

Itulah cabaran yang sedang dirungkaikan sekumpulan penyelidik daripada Jepun iaitu menghasilkan vaksin COVID-19 yang berikan perlindungan sepanjang hayat, tanpa perlu anda bergantung kepada dos penggalak.

image is not available
Jenis-jenis vaksin yang digunakan dalam PICK

Setakat ini, perkembangan positif dilaporkan daripada kajian itu.

Penyelidik menggunakan virus vaccinia sebagai virus pembawa. Menurut mereka, ia lebih berkesan berbanding adenovirus yang digunakan pada vaksin Johnson & Johnson dan lebih selamat berbanding vaksin mRNA Pfzier.

Ia terbukti selamat kerana sudahpun digunakan untuk vaksin demam cacar.

Tikus yang diuji dengan vaksin ini didapati mengekalkan paras antibodi terhadap virus sasaran walaupun selepas 20 bulan. Mereka turut mengujinya keatas primat dan mendapati sampel mereka lebih rintang terhadap jangkitan paru-paru berair selepas didedahkan kepada coronavirus.

Nobelparhma Co, syarikat farmaseutikal di Jepun menjadualkan ujian klinikal fasa 2 ke atas kira-kira 200 sukarelawan seawal tahun 2023 dan sekiranya semua berjalan lancar, vaksin ini akan dikomersialkan seawal 2024.

Sumber: JapanTimes