Opera Perkenal Crypto Browser – Pelayar Web Dengan Fokus Web3, Kriptowang, NFT Dan Lain-Lain

TechnologyDigital
19 Jan 2022 • 9:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Crypto Browser

Opera hari ini memperkenalkan sebuah pelayar web khusus untuk arena web3, dinamakan Crypto Browser. Crypto Browser ini ditawarkan untuk desktop dan juga peranti mudah-alih.

Opera Crypto Browser ini hadir dengan integrasi sokongan dompet digital terbina, selain turut menawarkan akses mudah ke dagangan NFT, serta sokongan aplikasi terpencar dApps.

image is not available

Dengan pelayar web ini, Opera ingin memudahkan lagi pengalaman dunia terpencar dan web3 kepada pengguna umum. Dompet terbina padanya menyokong sejumlah kriptowang, disamping Opera turut menyertakan ruangan khas untuk mengikuti berita berkaitan rantaian-blok.

Sebelum ini, beberapa syarikat telah memasuki arena kriptowang dan menerima kritikan ramai daripada komuniti. Malah, Mozilla turut dikritik kerana menerima sumbangan dalam bentuk kriptowang. Mungkin Opera tidak memperkenalkan perubahan drastik ini pada pelayar web utama mereka, dan memperkenalkan pelayar web khusus berbeza untuknya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Crypto Browser di Android, Windows dan Mac hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved