Tanah Mendap, 5 Kenderaan Rosak

26 Jan 2022 • 8:35 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Lima kenderaan rosak, selepas berlaku mendapan tanah di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Serdang, semalam. - Gambar dari media sosial

KUALA LUMPUR - Lima kenderaan yang diletakkan di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Serdang dekat sini rosak selepas berlaku mendapan tanah di kawasan itu petang semalam.

Penolong Penguasa II Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Saharudin Abdul Razak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 6.38 petang, namun ia tidak membabitkan sebarang mangsa.

Menurutnya, lima kenderaan tersebut diletakkan di hadapan bengkel kereta yang jarak antara tebing yang mula runtuh dengan bengkel tersebut adalah tujuh meter.

“Keadaan hujan ketika kejadian itu menyebabkan longkang pecah sehingga berlakunya mendapan tanah dan lima kereta tersebut jatuh sedalam lima hingga enam meter.

“Susulan itu, anggota menutup kawasan kejadian kepada orang awam sebelum menyerahkannya kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Saharudin berkata kejadian mendapan tanah pernah berlaku di kawasan tersebut pada 2017 iaitu kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved