MKT UMNO: Menara Dato Onn sekali lagi jadi tumpuan

Politics
12 Jan 2022 • 8:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini sekali lagi menjadi tumpuan petugas media susulan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan berlangsung malam ini.

Petugas media daripada pelbagai agensi didapati mula berkumpul di lokasi ini seawal jam 8 malam lagi.

Antara yang terawal tiba di Menara Dato Onn ini adalah Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Difahamkan, antara intipati perbincangan mesyuarat pada malam ini adalah penetapan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang ditangguhkan sebelum ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan PAU 2021 yang sepatutnya berlangsung pada 12 sehingga 15 Januari ini ditangguhkan.

Penangguhan tersebut kata Ahmad Maslan, susulan bencana banjir yang berlaku banyak di kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved