Kaki, tangan mampu lukis dalam satu masa, lelaki hasilkan 4 potret sekali gus raih perhatian warganet

Art
8 Jan 2022 • 7:27 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KEBOLEHAN dan bakat dalam bidang seni tidak dimiliki semua orang. Ia adalah bakat yang cukup istimewa.

Berbicara mengenai bakat seni, insan yang memiliki bakat ini bukan calang-calang kerana berjaya menterjemah luahan emosi dan intelektual menerusi karyanya.

Seorang artis melukis satu karya dalam satu masa itu mungkin kedengaran biasa. Seorang pengguna laman sosial TikTok dikenali sebagai Saiful Thaqif melakukan sesuatu yang luar biasa apabila mampu menghasilkan empat potret dalam satu masa yang mana setiap satu dilukis kaki kiri, kaki kanan, tangan kiri dan tangan kanan.

Menggunakan medium kertas dan pen marker, Saiful menyiapkan karya dengan sempurna.

image is not available

Potret yang dihasilkan merupakan wajah empat selebriti tempatan dan antarabangsa iaitu penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sudirman.

Manakala dua lagi ialah potret wajah pemain bola sepak ternama Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Turut menyebabkan ramai terkesima ialah keempat-empat potret tersebut dihasilkan tanpa lakaran awal.

image is not available

Video time lapse berdurasi 38 saat itu meraih perhatian warga maya.

Rata-rata kagum dengan kebolehan dan bakat lelaki itu melukis menggunakan kedua-dua belah tangan dan kaki sekali gus.

"Ini namanya lukis pakai kaki, tapi..."

image is not available

"Bakat hebat"

image is not available

Terdahulu, seorang artis dari India yang boleh melukis secara spontan menggunakan kedua belah tangan dan mulut.

Muhammad Russel, 22, menghasilkan tiga potret tiga orang pelakon India dalam masa tiga jam setengah dan kemudian menjadi viral di media sosial negara itu.

image is not available
Muhammad Russel

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!