Tecno Memasuki Pasaran Malaysia – Menawarkan Pova Neo Pada Harga RM629

TechnologyDigital
13 Jan 2022 • 11:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Jenama ini mungkin kurang dikenali, tetapi siapa menyangka dalam diam rupa-rupanya Tecno kini telah melebarkan sayapnya ke pasaran tempatan. Hasil tinjauan kami menerusi laman Facebook rasmi mereka, terdapat beberapa model peranti pintar yang telah ditawarkan buat para pengguna.

image is not available

Paling terkini, mereka hadir dengan model Tecno Pova Neo yang dijual pada harga RM629 untuk sebuah. Bagi yang berminat, sesi pra-tempah terkini telah dibuka sehingga 21 Januari ini. Ia boleh dibuat menerusi laman Facebook rasmi Tecno Mobile Malaysia dengan mengikuti beberapa langkah ringkas yang tertera pada perkongsian.

image is not available

Menyentuh mengenai peranti, ia telah diumumkan terlebih dahulu di beberapa pasaran luar sejak Disember yang lalu. Ia hadir dengan skrin 6.82-inci IPS LCD beresolusi HD+. Cip MediaTek Helio P22 dengan padanan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB turut menyokong peranti. Selain itu, sistem dwi-kamera di belakang turut digunakan dengan sensor utama 13-Megapixel, sementara itu kamera hadapan pula adalah 8-Megapixel. Peranti juga dibekalkan dengan bateri 6000mAh dengan pengecasan 18W.

: