Matahari Terik
Musim banjir telah tiba bulan lepas, dan telah mengakibatkan banyak harta benda dimusnahkan. Apa yang paling terkejut adalah masalah banjir ini timbul di kawasan berpadatan tinggi di Selangor dan Kuala Lumpur. Selepas kejadian ini, musim panas pula melanda di negara kita. Kita dapat merasai bahang cuaca yang tidak menentu pada siang hari, malam hari pula hujan mendatang.
Ianya mendatangkan kesan kesihatan kepada kita. Hal ini disebabkan badan kita mungkin tidak dapat menahan dari cuaca yang panas terus ke cuaca sejuk menggigil. Ini memberi kesan kepada kesihatan kita terutamanya kepada kanak-kanak. Kanak-kanak adalah golongan yang perlu dilindungi sebab mereka masih lagi kecil dan tidak memahami apa itu erti sakit. Ibu bapa pasti akan merasa sayu apabila melihat anak-anak mereka tidak sihat. Berikut adalah tips yang boleh dijadikan rujukan anda untuk bersedia menghadapi cuaca yang tidak menentu ini.
Banyakkan minum air

Ini adalah kebiasaan apabila tiba musim panas terik. Namun begitu, ianya menjadi cabaran kerana kanak-kanak selalu menolak kepada minuman yang tidak berperisa. Mulakan kebiasaan kepada anak-anak untuk meminum lebih banyak air ke sekolah mahupun di rumah.
Amalkan pemakanan nutrisi dengan imun badan yang tinggi

Imun yang tinggi dapat mencegah badan dari bahang penyakit. Imun yang kuat dapat dijana dari amalan pemakanan bervitamin tinggi. Antara contoh vitamin dan khasiat tinggi adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika ada bajet yang lebih, tidak salah untuk membeli pemakanan tambahan (supplemen).
Kurangkan Aktiviti Di Luar

Cuaca di luar sangat tidak menentu. Anda tidak boleh menjangkakan cuaca baik itu berlarutan dalam berjam lamanya. Dalam sekelip mata sahaja, cuaca panas terik boleh berubah ke cuaca hujan yang lebat. Kadangkala, kita tidak sempat untuk berteduh dan anak-anak pula terkena air hujan. Kita mestilah mencegah anak-anak daripada terkena basahan air hujan kerana ianya adalah satu punca kepada sakit demam dan selesema.
Bersihkan kawasan dalaman dan luaran rumah

Apabila cuaca panas, kebiasaannya habuk akan mula melekat dan serangga akan mula mencari makanan daripada sisa. Mulakan dengan pembersihan secara berkala untuk mengelakkan keletihan sewaktu membuat kerja rumah. Ianya agak penat untuk melakukan kerja rumah seanadainya anda sendiri bekerja di rumah.
Sediakan Ubat-ubatan Perlu

Pastikan anda mempunyai bekalan ubatan yang perlu dalam isi rumah. Hal ini sedemikian kerana, apa-apa berlaku pada waktu malam ataupun klinik dilawati ramai orang, ia boleh menjadi risiko kepada ibu bapa. Ibu bapa akan menjadi cemas untuk melakukan tindakan awal sebelum membawa anak-anak ke klink atau hospital apabila dalam keadaan tidak sihat.
Tidak dinafikan bahawa penjagaan kesihatan memerlukan kos yang tinggi. Walau bagainmanapun, anda boleh berjimat sekiranya telah membuat persediaan awal secara berperingkat. Kita sedia maklum tahu bahawa kenaikan barang membawa kesan yang mendalam kepada semua seisi keluarga. Namun begitu, anda boleh juga mendapatkan ubat-ubatan di klinik awam dan mulakan pemakanan yang sihat. Minda yang cerdas boleh mempengaruhi badan fizikal kita menjadi lebih sihat dan kuat. Selain itu, penjagaan harta benda dan tempat tinggal juga adalah penting. Anda perlu memastikan semua harta benda anda dalam keadaan selamat dan terjaga-jaga sekiranya ada cuaca yang ekstrem melanda kediaman anda. Kita harus mengambil iktibar dari kejadian banjir baru-baru ini sehinga ada nyawa yang melayang.
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

