Jam Wear OS Fossil Gen 6 Edisi Razer Diperlihatkan – Hanya Beza Pada Muka Jam Dan Tali Sahaja

TechnologyDigital
5 Jan 2022 • 2:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Fossil telah pun melancarkan Fossil Gen6 pada Ogos tahun lepas. Ia adalah jam tangan pintar Wear OS baharu yang dijanjikan akan menerima Wear OS 3.0 tahun ini. Ia hadir dengan skrin sesentuh 1.28″ AMOLED berbentuk bulat, cip Qualcomm Snapdragon Wear 4100+, memori 1GB RAM, dan storan 8GB.

image is not available

Jam ini turut mengaktifkan ciri mendengar Spotfiy di luar talian. Dari segi ketahanan pula ia boleh dibawa berenang sehingga kedalaman 3 ATM. Buat masa ini, jam ini masih lagi menjalankan Wear OS 2.x, masih mempunyai pengesan nadi, pengesan oksigen dalam darah SpO2, pengesan pernafasan, GPS, altimeter, accelerometer, giroskop kemampuan menjawab telefon, Google Map dan Google Asssitant secara terbina.

Terbaru, Razer dan Fossil telah bekerjasama untuk Fossil Gen 6 edisi khas. Ia adalah Fossil Gen 6 dengan muka jam khas serta tali jam warna hijau neon yang terang. Tidak banyak yang didedahkan apakah keistimewaan jam ini selain pada muka jam dan tali sahaja.

image is not available

Jam ini juga tidak didedahkan harga jualannya, tetapi ia mungkin sedikit mahal daripada model biasa. Jam ini juga jelas disasarkan kepada mereka yang minat Razer dan juga Wear OS. Apa lata anda menegnai edisi ini?