Pemandu mabuk dijel, didenda RM12,000

28 Jan 2022 • 12:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang lelaki berumur 54 tahun dipenjara dua bulan dan didenda RM12,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Sulaiman Abd Salim mengaku bersalah di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah Amir Hassan bahawa dia melakukan kesalahan itu di Jalan Taman Bintang, Batu 3 Jalan Apas, jam 1.40 pagi pada 9 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga RM30,000, jika sabit kesalahan.

Sulaiman turut hilang kelayakan memiliki lesen memandu selama dua tahun.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol semasa Operasi Mabuk di kawasan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Suriana, yang menjalankan pendakwaan, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh, serta peringatan kepada pemandu lain.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.