PSP dijangka beroperasi seperti biasa 6 pagi Khamis

19 Jan 2022 • 8:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

Syarikat HeiTech Padu Bhd yang membangunkan aplikasi itu dalam satu kenyataan pada Rabu, memohon maaf kepada pengguna atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan syarikat tersebut telah mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu ini.

"Rekod e-dompet pengguna telah dipulihkan dan kami menjangkakan semua urus niaga akan beroperasi seperti biasa pada pukul 6 pagi esok,” menurut syarikat tersebut.

PSP merupakan inisiatif kerajaan negeri Pulau Pinang bagi menggantikan sistem kupon dengan kesemua pembayaran dilakukan menerusi aplikasi telefon pintar di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang diperkenalkan sejak 2019.

Ribuan pengguna aplikasi tersebut terkejut apabila mendapati baki akaun dalam e-dompet bertukar menjadi RM4.40 pada Rabu disebabkan oleh masalah teknikal, walaupung baki amaun mereka adalah lebih tinggi sebelum ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved