Indonesia contohi negara maju, tukar plat kenderaan hitam kepada putih, lengkap cip RFID

26 Jan 2022 • 6:10 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

NEGARA jiran, Indonesia mengambil inisiatif mencontohi negara maju dengan menggunakan nombor plat kenderaan lengkap dengan cip Radio Frequency Identification (RFID).

Pengarah Pendaftaran dan Pengenalan Kor Trafik Polis Indonesia, Brigedier Jeneral Yusri Yunus berkata penggunaan RFID pada nombor plat kenderaan di beberapa negara maju bukanlah perkara baharu.

Beliau turut menjelaskan cip RFID mempunyai banyak kegunaan dan manfaat kepada masyarakat.

image is not available

"Memang cip itu akan wujud, apalagi sekarang revolusi 4.0 telah berlaku. Cip ini banyak kegunaannya," kata Brigedier Jeneral Yusri Polis dipetik Antaranews.com.

Cip berkenaan mengandungi data kenderaan peribadi. Selain memudahkan pembayaran tol, ia juga membolehkan proses pembayaran tempat letak kereta secara elektronik.

Bahkan, data peribadi berkenaan boleh diintegrasikan dalam mengesan bukti kesalahan trafik di jalan raya.

image is not available

Pada masa sama, Indonesia juga bakal mengubah latar belakang nombor plat daripada berwarna hitam menjadi putih bermula bulan Mac ini.

Ia adalah bagi menyokong penggunaan Pengecaman Plat Nombor Automatik (ANPR) dalam sistem tiket Penguatkuasaan Undang-undang Trafik Elektronik (ETLE).

Jelasnya, ANPR lebih sesuai dikuatkuasakan tanpa sebarang masalah dengan penggunaan latar belakang nombor plat berwarna putih dan huruf serta nombor standard.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!

Sumber: Gowapos

Foto: Antaranews

View Original Article