Sarawak Dijangka Hujan Hingga Sabtu Ini

13 Jan 2022 • 10:57 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan Bernama

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan berstatus buruk dan waspada di beberapa kawasan di Sarawak, hari ini.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata hujan yang dijangka melanda negeri itu, diramalkan berterusan sehingga Sabtu ini.

“Amaran Hujan Berterusan (Buruk) hari ini membabitkan 10 kawasan, iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau).

“Amaran buruk ini dikeluarkan apabila terdapat tanda hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh 6 jam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) pula dijangka membabitkan tiga kawasan, iaitu Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga); Bintulu (Bintulu dan Sebauh) serta Miri (Subis).

“Angin kencang dari arah timur laut dan dijangka berpotensi membawa hujan berterusan serta boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di lokasi terbabit.

“Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” katanya. - Getaran, 13 Januari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved