Polis kenal pasti sebahagian peserta himpunan #TangkapAzamBaki

23 Jan 2022 • 3:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti sebahagian peserta himpunan #TangkapAzamBaki di Stesen LRT Bangsar di sini pada pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya juga sedang mengesan individu lain yang terlibat dalam himpunan ini.

"Polis telah kenal pasti sebahagian daripada peserta himpunan itu, manakala selebihnya dalam tindakan secepat mungkin," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, polis memaklumkan akan memanggil penganjur himpunan #TangkapAzamBaki untuk dirakam keterangan berhubung dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata ketika ini, pihaknya masih mengenal pasti penganjur perhimpunan berkenaan untuk tindakan susulan.