Pengarah syarikat ditahan bantu kes tuntutan palsu

19 Jan 2022 • 3:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengarah syarikat bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada agensi kerajaan melibatkan jumlah RM25,000.

Wanita berusia 47 tahun itu ditahan selepas memberikan keterangan di Pejabat SPRM Johor Bahru di sini kira-kira jam 2 petang pada Rabu.

Menurut sumber, wanita itu dipercayai telah mengemukakan dokumen palsu kepada sebuah kementerian di Putrajaya bagi proses tuntutan pembayaran balik subsidi minyak masak sawit tulen.

“Suspek telah mengemukakan dokumen palsu berbentuk invois dengan menggunakan nama syarikat lain kepada kementerian berkenaan bagi proses tuntutan tersebut sepanjang tahun 2019,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini pada Khamis bagi mendapatkan permohonan reman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved