Boost akan luaskan solusi “beli sekarang, bayar kemudian” & banyak ciri menarik pada tahun 2022

Business & FinanceStartup
27 Jan 2022 • 4:10 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Boost yang merupakan anak syarikat Axiata Group Bhd, kini mahu memperluaskan lagi perkhidmatannya serta berhasrat menjadi bank digital, bagi memenuhi keperluan pengguna dan peniaga di serata Asia Tenggara (SEA).

Menurut Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Boost, semenjak Boost mulakan operasi pada 2017, misi mereka adalah untuk memenuhi keperluan orang ramai yang kurang mendapat liputan kewangan, melalui teknologi. Sepanjang empat tahun, mereka telah memperkukuhkan kebolehan memenuhi keperluan kewangan pengguna dan perniagaan kecil.

image is not available
Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Boost

Kini, Boost dikendalikan oleh lima jenama berbeza iaitu Boost Life, Boost Biz, Boost Credit, Boost Connect dan Boost Indonesia. Hal ini dapat menjadikan Boost sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembayaran, peminjaman dan pengiriman wang berskala besar di Malaysia.

Rancangan Boost untuk tahun 2022

Untuk tahun 2022 dan kehadapan, Boost akan luaskan solusi “Beli sekarang, bayar kemudian” (Buy Now Pay Later – BNPL) serta B2B (Business to Business) untuk membolehkan PKS lebih rancak menyertai ekonomi digital.

Baru-baru ini, Boost ada lancarkan ciri penghantaran makanan bernama Boost Makan. Kini mereka sedang rancang untuk sediakan platform khusus buat PKS supaya pengguna boleh memperoleh bahan mentah pada harga yang berdaya saing.

Selain itu, mereka juga berikan tumpuan untuk menambah baik fungsi dan keupayaan aplikasi peniaga supaya para peniaga dapat mengembangkan skala perniagaan mereka. Untuk pengguna lain pula, Boost akan menumpukan pengeluaran kad prabayar fizikal dan maya selaras dengan kerjasama mereka bersama Mastercard yang telah diumumkan.

Boost juga akan perbaharui BoostUP, iaitu program kesetiaan yang disediakan kepada pengguna. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, seramai 75% pengguna Boost suka program kesetiaan itu diberi nafas baharu, manakala 80% berpendapat BoostUP lebih mudah dan senang difahami. Sejak dilancarkan tahun lalu, penebusan mata secara purata telah meningkat dua kali ganda. Ini menunjukkan bahawa, penyertaan untuk program BoostUP meningkat dalam kalangan pengguna.

Dengan rancangan ini, sudah tentu tahun 2022 dan tahun mendatang akan menjadi tempoh yang mengujakan buat Boost dan pengguna.

Bacaan berkaitan

View Original Article