Paling ‘Berkuasa’, Pemegang Pasport Dari Negara Ini Boleh Masuk 192 Negara Tanpa Visa!

13 Jan 2022 • 12:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebuah data berdasarkan senarai global bagi tahun 2022 mendedahkan bahawa pemegang pasport dari negara Jepun dan Singapura adalah yang paling ‘berkuasa’ kerana boleh memasuki 192 buah negara tanpa memerlukan Visa, lapor Mail Online.

Manakala negara Jerman dan Korea Selatan pula berkongsi tempat kedua setelah kedua-dua negara itu turut mempunyai akses untuk memasuki 190 buah negara tanpa permohonan Visa.

image is not available

Sumber : Google  

Finland, Itali, Luxemborg dan Sepanyol pula berkongsi tempat ketiga dengan skor sebanyak 189 buah negara.

Data tersebut difahamkan telah dikeluarkan oleh Henley Passport Index berdasarkan maklumat daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Manakala Malaysia pula berada di tempat ke-12 dimana para pemegang pasport negara ini mempunyai akses tanpa Visa ke 179 buah negara.

image is not available 5 hari lalu

Berita Gembira Buat Peminat Buku, Gedung Buku Tsutaya Akan Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil!