(Video) Tikus Selamba Lepak Atas Tempat Potong Ayam Goreng, Kembang Tekak!

27 Jan 2022 • 1:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Bila berkunjung ke restoran, benda pertama yang kita tengok mestilah kebersihan. Kalau makanan sedap tapi premis kotor pun tak boleh juga. Silap-silap kena keracunan makanan pula kan?

Seperti perkongsian seorang wanita di TikTok ini, dia secara tiba-tiba melihat ‘perkara’ tidak sepatutnya ketika makan di sebuah restoran.

Seakan-akan tidak percaya, dia tergamam melihat dua ekor tikus dengan selambanya ‘bertenggek’ di tempat hidangan lauk pauk. Kembang tekak!

Bahagian tersebut juga dipercayai tidak dijaga mana-mana pekerja menyebabkan haiwan itu bermaharajalela.

Difahamkan wanita ini dan rakan-rakan yang lain baru sahaja selesai makanan sebelum melihat kehadiran dua ekor tikus itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman makan di gerai kotor dan ada juga yang bertanyakan lokasi restoran tersebut namun persoalan itu tidak dijawab oleh gadis tersebut.

Aduhai, memang tak patut perkara macam ni berlaku. Nampak sangat kedai tu kotor sampai tikus pun keluar ‘mencari’ makan.

Kredit: TikTok @ayuwho_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article