Banjir di Sarawak, 46 penduduk di Sibu dipindahkan

12 Jan 2022 • 10:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SIBU - Daerah Sibu menjadi kawasan pertama di Sarawak yang terjejas akibat perubahan monsun di negeri itu apabila 46 orang daripada lima keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air sejak malam tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu Janggan Muling berkata, PPS itu mula dibuka pada jam 3.14 petang melalui arahan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Wong Hee Sieng.

Beliau berkata, sebaik menerima maklumat awal banjir kilat pada jam 12 tengah hari, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah yang dikejarkan ke lokasi mendapati sebahagian kawasan terjejas telah dinaiki air pada anggaran ketinggian 0.76 meter di atas jalan raya.

“Ketika itu, terdapat tiga rumah sudah dinaiki air setinggi satu kaki (0.3 meter) dengan trend air pasang dan cuaca hujan,” menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.

Mangsa banjir terdiri daripada dua warga emas, 26 dewasa, 16 kanak-kanak dan dua bayi.

Keperluan mangsa di PPS sedang diuruskan oleh JPBBS.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved