Mesir mara ke pusingan kalah mati

20 Jan 2022 • 1:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

TANDUKAN Mohamed Abdelmonem 10 minit sebelum rehat di Yaounde melayakkan Mesir untuk melangkah ke pusingan 16 terakhir selepas menewaskan Sudan 1-0.

Kemenangan The Pharaohs menyaksikan pasukan tersebut menamatkan saingan kumpulan D ditempat kedua dibelakang juara Nigeria yang meraih kemenangan ketiga berturut-turut apabila menewaskan Guinea-Bissau 2-0.

"Saya rasa Mesir berhak memenangi perlawanan ini berdasarkan peluang yang kami cipta dan corak permainan kami.

"Kesilapan kami ialah tidak menjaringkan gol kedua. Jika anda menjaringkan gol kedua permainan ia dianggap berakhir," kata pengendali Mesir Carlos Queiroz.

Kemenangan Mesir juga menyaksikan Cape Verde dan Malawi layak ke pusingan seterusnya sebagai pasukan tempat ketiga terbaik.

Dalam pada itu, Ivory Coast yang mendahului kumpulan E dengan empat mata dan keputusan perlawanan menentang Algeria langsung tidak menjejaskan peluang mereka berada dalam kelompok dua teratas.

Situasi sama turut dihadapi Gambia dan Mali dalam Kumpulan F yang mana kedua-dua negara itu mengumpul empat mata daripada dua perlawanan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved