Dua lelaki pandu cuai didenda RM5,500

6 Jan 2022 • 11:15 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Dua lelaki masing-masing didenda RM5,500 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana memandu cuai sehingga menyebabkan kecederaan kepada dua penunggang motosikal.

Dua insiden berasingan itu menyebabkan kecederaan kepada seorang pelajar Tingkatan Lima dan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Darmansyah Bekar, 43, dan Lee Wang Sing, 63, mengaku salah secara berasingan di hadapan Majistret Dzul Helmi Yunos kepada tuduhan terhadap mereka, pada Rabu.

Menurut fakta kes, Darmansyah memandu kenderaannya secara cuai pada 7 malam 7 September 2021 di simpang Taman Ranggu Saujana, di sini, dan melanggar motosikal yang ditunggang oleh pelajar berusia 17 tahun.

Akibatnya, pelajar itu mengalami cedera patah kaki kanan dan bahagian kecederaan kakinya terpaksa dipotong melalui pembedahan di Hospital Tawau.

Sementara itu, Lee memandu kenderaannya secara cuai pada jam 3 petang 28 Jun 2021 di simpang Jalan Access Kuhara, di sini dan melanggar motosikal yang ditunggang oleh Mohamad Nur Aiman Che Asri, 24.

Akibat kemalangan itu, Mohamad cedera parah di kedua-dua tangan, bahagian hati, mengalami pendarahan otak serta kecederaan dalaman lain dan belum pulih sepenuhnya.

Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) yang membawa hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000, dan boleh dipenjara sehingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.

ASP Joan Lee tampil mendakwa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.