Empat nelayan didakwa miliki bahan letupan

12 Jan 2022 • 12:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Empat nelayan didakwa memiliki bahan letupan.

Mereka adalah Ac.Cen Korong, 47, Johny Uka, 35, Jhanjui Mibin, 20, dan Iman Gelman, 20.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz tetapi hanya Ac.Cen memahmi pertuduhan itu dan selebihnya memerlukan jurubahasa Bajau.

Ac.Cen mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan tiada pengakuan direkodkan daripada tiga yang lain.

Mahkamah menetapkan 27 Januari untuk fakta dan hukuman ke atas Ac.Cen dan pengakuan untuk tiga yang lain.

Ac.Cen dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 dan deposit RM2,000 beserta dua orang penjamin tempatan dan juga pasportnya, jika ada, akan diserahkan kepada mahkamah.

Tiga yang lain diperintah direman lanjut.

Empat orang itu didakwa memiliki bahan letupan iaitu, sebotol air mineral mengandungi baja, satu unit sumbu, pemetik api dan seunit peledak bukan elektrik.

Kesalahan itu didakwa berlaku pukul 11.20 pagi pada 26 Ogos, 2021 di Takat Menumbok Taman Pulau Tiga di Kuala Penyu.

Pertuduhan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Adibah Shaiful tampil untuk pendakwaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article