Dua rumah di Pitas rosak teruk, 308 mangsa banjir dipindahkan

4 Jan 2022 • 4:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PITAS: Dua buah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Mesej Tukar mengalami kerosakan teruk akibat gelongsoran tanah sementara tiga buah jambatan gantung rosak dan kira kira 32 buah kampung terputus hubungan apabila terdapat jalan utama ditenggelami air banjir di daerah ini.

Kampung yang terkurung disebabkan laluan utama dinaiki air ialah Kampung Lokos Vunui, Mendamai, Pandan Mendamai, Lugu, Pandan, Kobon, Tukar, Perupuk, Mandamai Bai, Sosop Bai, Sosop, Dandun Pusat, Dandun Laut, Dandun Darat, Tutuoon, Mandurian Laut, Meliau, Pinapak, Bambangan Ulu, Maliau Pusat, Salungkapit, Mangkabusu, Botung, Sapatalang, Bitulung, Kiambang, Kinangoh, Andap, Rinasuk Bai, Rinasuk Unggol, Rinasuk Kibulu dan Kampung Ladap.

Antara kawasan terjejas banjir ialah Kampung Salimpodon Darat, Kusilad, Kerasim, Kemiri, Sibaung, Taka, Pondoi, Kabatasan Laut, Bilangau Besar, Lugu, Sumbilingon, Masin Besar, Pinggan-Pinggan, Sinasak, dan Kampung Senaja.

Ketua Polis daerah Kota marudu, Supritendan Zairolnizal Ishak berkata, empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di daerah ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Salimpodon, Dewan Kusilad, SK Pekan 2 dan Dewan Kampung Kabatasan.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

View Original Article