KKR Sabah cadang laksana caj khidmat pembetungan

7 Jan 2022 • 12:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah bercadang untuk melaksanakan caj perkhidmatan penyelenggaraan pembetungan di negeri ini bagi memastikan sistem pembetungan berada di tahap terbaik.

Menterinya yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata satu akta berhubung perkara itu akan digubal dan dienakmen sebagai akta kerajaan negeri untuk menyatukan bil air dan pembetungan pada masa akan datang.