Sijil vaksin palsu: Perak pantau walau belum terima laporan

12 Jan 2022 • 5:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

IPOH - Kerajaan negeri Perak tetap memantau kes penjualan sijil vaksinasi Covid-19 palsu di negeri ini meskipun belum menerima laporan daripada mana-mana pihak.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, pemantauan dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri bersama polis bagi pengesanan awal kegiatan berkenaan.

"Setakat ini, kejadian sedemikian tidak dilaporkan berlaku di negeri ini.

"Bagaimanapun sudah pasti kita jalankan pemantauan, sekarang ini pun pihak JKN bersama polis menjalankan pemeriksaan termasuklah di daerah-daerah menerusi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan alat bantuan pernafasan (ventilator) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada Rabu.

Menurut beliau, kerajaan negeri memandang serius isu sijil vaksin palsu sepertimana berlaku di Terengganu dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat.

"Dengan pemantauan rapi dibuat, kita harap tidak adalah, sekiranya berlaku (di Perak), kita jamin tindakan tegas akan diambil dengan segera," katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis Terengganu membongkarkan kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu dengan merampas hampir 100 keping kad peringatan (temu janji) vaksinasi.

Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang membawa kepada penahanan suspek pada Sabtu.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sejak September tahun lalu selepas klinik berkenaan mendapat kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar.

Dalam tempoh berkenaan, lebih 1,900 sijil vaksinasi Covid-19 dijual dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved