Kolam renang RM11 juta di Tawau dibuka Mei

31 Jan 2022 • 2:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Kolam renang Kompleks Sukan Tawau (KST) bernilai lebih RM11 juta yang siap Disember lalu, akan dibuka kepada orang ramai pada Mei ini, kata Pembantu Menteri Belia dan Sukan Andi Muhammad Suryady Bandy.

Beliau berkata, penyerahan kemudahan itu kepada Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSS) daripada kontraktor terlibat pada Sabtu merupakan tarikh bersejarah, sekaligus menamatkan penantian penduduk Tawau selama ini.