Lelaki jatuh lemas ketika berkayak

15 Jan 2022 • 2:02 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

GEORGETOWN : Tragedi menyedihkan berlaku melibatkan seorang lelaki yang dipercayai bermain kayak maut selepas ditemui lemas di 3.0 batu nautika di sini, semalam berhampiran Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed, berkata mayat Tony Liew, 48, dari Taman Alma Bukit Mertajam, ditemui dalam keadaan terapung pada jam 8.35 malam tadi.

Katanya, Maritim Malaysia menerusi Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.20 petang.

“Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) diaktifkan dengan mengatur gerak bot Kilat 4 ke lokasi bagi melakukan pencarian.

“Selain itu, rakan mangsa juga cuba menghubungi mangsa namun gagal sebelum menemui kayak yang dinaiki mangsa dalam keadaan terbalik di perairan Batu Kawan, pada jam 6 petang, mangsa tidak ditemui,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Abd Razak berkata, Operasi Carilamat turut membabitkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Pasukan Polis Marin Batu Uban dan rakan mangsa yang turut berkayak di sekitar kawasan itu.

Sebelum mayat diserah kepada Balai Polis Batu Kawan bagi tindakan lanjut, mayat mangsa terlebih dahulul dibawa ke Jeti Batu Musang.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved