Redmi Note 11S Dilancarkan – Skrin AMOLED 90Hz, MediaTek Helio G96, Kamera 108MP

TechnologyDigital
26 Jan 2022 • 8:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Rangkaian peranti pintar baharu oleh Redmi hari ini turut memperlihatkan pengenalan untuk Redmi 11S. Seperti adik-beradiknya yang lain, peranti pintar ini juga tidak kurang hebatnya dalam menawarkan spesifikasi menarik buat para pengguna.

image is not available

Melaluinya, peranti ini hadir dengan skrin sejenis AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Ianya berukuran 6.43-inci yang menyokong resolusi FHD+. Seterusnya, peranti turut dipadankan dengan cip MediaTek Helio G96 dengan memori sehingga 8GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman mencapai 128GB (UFS 2.2).

image is not available

Turut melengkapinya, kamera utama dengan tetapan 108MP (utama) + 8MP (Ultra-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman). Kamera hadapan pula adalah sebesar 16MP. Selain daripada itu, bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 33W turut disertakan.

image is not available

Lain-lain spesifikasi termasuklah sistem audio stereo, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari di sisi, NFC, IR Blaster dan sebagainya. Terdapat beberapa warna yang disediakan seperti Graphite Gray, Twillight Blue dan Pearl White.

image is not available

Harga jualan bermula $249 (~RM1044), (6GB/64GB), $279 (6GB/128GB) dan $299 (~RM1,253) (8GB/128GB). Peranti ini juga bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan tetapi maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan pada suatu tarikh yang akan datang. Sama-sama kita nantikan.