Identiti Dah Dikenal Pasti, Tan Sri Azam Akan Saman Individu Yang Cemar Reputasi SPRM

6 Jan 2022 • 3:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, semalam sebuah sidang media akhbar bersama Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah (LPPR) dilakukan bagi menjawab dakwaan berkenaan tentang salah laku yang membabitkan beberapa pegawai tinggi di suruhanjaya itu.

Antara nama yang terpalit dalam kes itu adalah Tan Sri Azam Baki selaku Ketua Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan oleh kerana itu, beliau akan mengeluarkan saman ke atas individu-individu yang telah mencemar reputasi SPRM.

Katanya kepada Sinar Harian, saman akan dikeluarkan atas sebab tak mahu dakwaan tidak berasas ini berulang lagi di masa hadapan.

image is not available

Sumber : Google 

Ketika sidang akhbar khas bersama LPPR, Azam memberitahu terdapat usaha beberapa pihak yang mempunyai agenda tidak baik terhadap SPRM dan cuba untuk mengambil kepercayaan rakyat terhadap agensi dengan menjadikannya sasaran serangan bertubi-tubi.

Beliau membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka setelah mendapat nasihat daripada peguamnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 15 jam lalu

Adik Guna Akaun Saya Beli Saham 250 Juta, Tak Patut Dijadikan Isu - Azam Baki

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved