Rumah Kedai Terbakar, Lelaki Nekad Terjun Bangunan

15 Jan 2022 • 4:50 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Norazam Khamis - Gambar Bernama

KLANG - Seorang lelaki nekad terjun dari tingkat tiga sebuah rumah kedai yang terbakar untuk menyelamatkan diri dalam kejadian di Jalan Meru, Taman Bunga Melor, Meru di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata dalam kejadian itu, seramai 12 mangsa terdiri daripada lapan lelaki, dua wanita dan tiga kanak-kanak terperangkap di bangunan tiga tingkat berkenaan.

“JBPM Selangor menerima panggilan pada pukul 9.42 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang, Kapar; Kota Anggerik, Shah Alam dan Damansara tiba 10 minit kemudian.

“Siasatan awal menunjukkan bangunan kedai tiga tingkat yang menempatkan sebuah hotel berkeluasan 1,400 kaki persegi terbakar 80 peratus,” katanya.

Norazam berkata, lelaki yang terjun itu patah kaki dan dia bersama mangsa terperangkap dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan. - Getaran, 15 Januari 2022.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved