Sabah Laksana Program Pendataan Pekerja Asing Bermula Februari - Bung Mokhtar

24 Jan 2022 • 7:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Bung berkata program tersebut membolehkan SmartSabah mendapatkan maklumat berkaitan pekerja asing daripada 21,000 majikan.

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri akan melaksanakan Program Khas Pendataan Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah bermula 3 Februari depan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata, program yang dikendalikan anak syarikat kerajaan negeri Smart Sabah Corporation Sdn Bhd (SmartSabah) itu turut membabitkan Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah.

“Ini termasuk semua hal berkaitan pekerja asing di sini.

“Maklumat itu penting bagi menyelesaikan data tidak seragam yang dikeluarkan beberapa agensi berkaitan, sekali gus membantu kerajaan merancang dasar membabitkan warga asing ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing Sabah (JKPWAS-Teknikal), di sini, hari ini.

Tambah Bung, program tersebut membolehkan SmartSabah mendapatkan maklumat berkaitan pekerja asing daripada 21,000 majikan mewakili pelbagai sektor.

“Ia terbuka kepada semua majikan yang memiliki pekerja asing sama ada sah atau tidak, pemastautin atau tidak yang berada di negeri ini.

“Ia juga memudahkan semua pekerja asing tidak sah memohon Pas Lawatan Kerja Sementara daripada Jabatan Imigresen Malaysia termasuk untuk pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan perundangan (kecuali melakukan kesalahan jenayah),” katanya. - Getaran, 24 Januari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved