“Dia Fitnah Anak Saya Perlu Buat DNA..” – Ryzal Duriankimchi

Entertainment
18 Jan 2022 • 12:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pasangan popular Duriankimchi, Ryzal Ibrahim dan Maryam sebelum ini sering kali menjadi bahan kecaman netizen. Terdahulu, Maryam atau nama sebenarnya You Narae dikritik kerana tidak berpantang ikut cara tradisional Melayu.

Terbaru, Ryzal meluahkan rasa kecewa apabila ada netizen ‘celupar’ menyuruhnya melakukan ujian DNA dan mendakwa wajah anak langsung tidak sama dengannya.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Ryzal berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang kepada netizen yang membuat tuduhan keterlaluan itu.

Kita hantar surat cinta peguam

image is not available

Ryzal turut memberi pesanan supaya individu itu menjaga mulut dan tidak rasa terlalu ‘bebas’ untuk berkata-kata.

image is not available

Menurut Ryzal lagi, apa yang ditulis individu itu adalah fitnah. Dalam erti kata lain individu itu menuduh bayi itu bukan anaknya sehingga perlu membuat ujian pengesahan.

Difahamkan, individu itu cuba melarikan diri dengan menukar nama Instagram, tetapi sebenarnya URL profile sudah cukup untuk menjejak lokasinya.

Hmm, memang keterlaluan tuduhan tu kan? Siapa yang tak marah bila maruah diri dipijak-pijak begitu. Semoga segala urusan Ryzal dan Maryam dipermudahkan.

Kredit: Instagram Ryzal Ibrahim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.