104 lokasi bencana babit Jalan Persekutuan, Jalan Negeri - JKR

3 Jan 2022 • 1:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Sejumlah 104 lokasi bencana membabitkan Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri direkodkan berlaku di sembilan negeri sehingga 10 pagi Isnin.

Dalam muat naik infografik di laman Twitter Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR), jenis kejadian cerun runtuh mencatat jumlah tertinggi dengan 45 lokasi.

Ini diikuti kejadian banjir dengan 39 lokasi manakala jalan runtuh dengan 11 lokasi.

Sementara itu, kejadian banjir kilat dikenal pasti di empat lokasi manakala jambatan rosak serta jalan mendap masing-masing dengan tiga dan dua lokasi.

Daripada jumlah itu, 61 Jalan Negeri terjejas manakala 43 bagi Jalan Persekutuan.

Dalam perkembangan sama, Pahang mencatat negeri dengan jumlah daerah tertinggi yang terjejas.

Ini diikuti Negeri Sembilan, Selangor dan Johor masing-masing dengan lima daerah. - Awani

Ringkasan Laporan Bencana