Aliran trafik lebuh raya utama bergerak perlahan

29 Jan 2022 • 6:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan bergerak perlahan susulan pertambahan jumlah kenderaan.

Menurut Twitter LLMinfotrafik, setakat jam 5 petang, aliran kenderaan di PLUS menghala ke Utara dilaporkan perlahan di beberapa kawasan.

image is not available

“Antaranya Rawang Selatan ke Sungai Buaya; Slim River ke Ladang Bikam sesak 8.3Kilometer (km); Bidor ke Tapah sesak 16.8 km; Tapah ke Gopeng sesak 9.8km; Gopeng ke Simpang Pulai dan Jawi ke Juru.

“Manakala ke arah Selatan pula dilaporkan perlahan Simpang Pulai ke Gopeng sesak 12.9km,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Selain itu, LLM Trafik dalam ciapan Twitter juga memaklumkan, aliran trafik perlahan ke arah Utara dari Senai ke Sedenak.

“Manakala ke arah Selatan, trafik perlahan dari Nilai ke RNR Seremban; Bandar Ainsdale ke Seremban; Port Dickson ke Pedas Linggi dan Hentian sebelah Pedas Linggi ke Simpang Ampat,” ujarnya.