Google Translate Dengan Rekaan Material You Kini Ditawarkan Kepada Semua Pengguna Android

TechnologyDigital
29 Jan 2022 • 10:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Perkara menarik dengan Android 12 adalah Google akhirnya menggunakan format rekaan antaramuka serba baharu, iaitu Material You selepas bertahun menggunakan format rekaan Material Design. Dengan Material You, ia lebih mesra pengguna dan lebih diperibadikan kepada tema warna boleh diubah sendiri pengguna. Pada peranti Pixel, warna tema boleh berubah menjadi automatik mengikut gambar latar yang digunakan.

Seperti biasa, banyak aplikasi tersendiri Google juga dikemaskini menggunakan rekaan Material You ini. Namun beberapa aplikasi memerlukan Android 12 dan peranti Pixel untuk melihat perubahan ini, lebih-lebih lagi pada Pixel 6.

image is not available

Google Translate dengan rekaan Material You yang sebelum ini terhad pada Android 12 untuk peranti Pixel, akhirnya telah diedarkan kepada semua pengguna Android baru-baru ini. Tidak kira anda menggunakan peranti Realme, Xiaomi, Samsung atau lain-lain selain Pixel serta masih belum menjalankan Android 12 – Google Translate dengan rekaan antaramuka serba baharu ini sudah boleh dinikmati oleh semua.

image is not available

Semasa artikel in ditulis, Galaxy Z Fold2 yang saya gunakan sudah pun menerima kemaskini melalui Play Store dengan versi 6.28. Namun jika anda masih belum menerimanya, anda boleh pasang secara sideloading dengan memuat turun fail APK di bawah;