Selebriti Indonesia Mengaku Melacur Kerana ‘Terdesak’, Baru Lima Kali Dilanggan

Entertainment
6 Jan 2022 • 11:33 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Artis cantik dari Indonesia, Cassandra Angelie didakwa terjebak dalam kancah pelacuran selepas dia ditahan bersama seorang lelaki dalam bilik hotel.

Memetik laporan portal Suara.com, ketika serbuan dibuat, selebriti berkenaan dalam keadaan berbogel.

Menurut Ketua Polis Metro Jaya, E Zulpan, Cassandra tidak mempunyai pilihan selain memberi kerjasama saat ditangkap.

Tidak ada perlawanan. Dia sudah tidak menggunakan pakaian.

Dalam serbuan itu, polis menemukan pakaian dan seluar dalam berwarna hitam, 4 unit telefon bimbit serta kad ATM. Pakaian dalam, kad ATM dan sebuah telefon dipercayai milik selebriti itu.

image is not available

Berdasarkan siasatan awal, Cassandra Angelie baru sahaja terjebak dalam aktiviti melacur ini dan dia sendiri mengaku baru lima kali dilanggan.

Sekali kencan Rp 30 juta.

Dalam satu pengakuan kepada polis, Cassandra terpaksa melacurkan diri kerana terdesak untuk mendapatkan wang. Dia mendakwa mengalami masalah kewangan yang teruk.

Tambah pihak polis lagi, pelanggan Cassandra bukan selebriti sebaliknya daripada golongan tertentu. Namun, pihak polis tidak mendedahkan identiti lelaki tersebut.

Kredit: Suara.com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.