Puluhan ribu tunjuk perasaan protes peraturan bendung Omicron di Belgium

24 Jan 2022 • 4:19 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

BRUSSELS : Sebagai tanda bantahan peraturan baharu bagi membendung penularan Covid-19, puluhan ribu penunjuk perasaan melancarkan demonstrasi di bandar ini, memaksa polis melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan.

Menurut pihak berkuasa, pejabat Kesatuan Eropah (EU) dibanjiri kira-kira 50,000 orang yang berarak apabila polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menghalang ratusan penunjuk perasaan yang membaling batu dan mercun dalam pertempuran itu.

Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell mengecam kerosakan dan keganasan dilakukan penunjuk perasaan yang turut bertopeng memecahkan pintu masuk kaca di pejabat perkhidmatan diplomatik blok itu.

Polis berkata, kira-kira 70 orang ditahan atas kesalahan lebih serius termasuk merosakkan harta benda.

Tiga pegawai dan 12 penunjuk perasaan dimasukkan ke hospital, tetapi tiada kecederaan serius dilaporkan.

– AGENSI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved