“Selamatkan Saya” – Lelaki ‘Jual’ Diri Di Papan Iklan Untuk Cari Isteri, Tak Mahu Perkahwinan Diatur Keluarga

7 Jan 2022 • 1:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Zaman sekarang ni memang ada bermacam jenis cabaran dalam kehidupan seharian kita. Salah satunya adalah cabaran mendapat jodoh.

Sebab itulah, seorang lelaki berusia 29 tahun dari London, United Kingdom ini membuat keputusan untuk menggunakan cara yang agak berbeza dan unik bagi mencari jodoh.

Menurut Express UK, disebabkan tidak mahu jodohnya diatur oleh keluarga, Mohammad Malik bertindak ‘mengiklankan’ dirinya di ‘billboard’ di kawasan Birmingham.

Selamatkan saya daripada perkahwinan yang diatur.”

image is not available

Dalam usaha mencari calon isteri, Malik bukan sahaja ‘mempromosikan’ dirinya di papan iklan tetapi juga turut membuat satu website khas iaitu findmalikawife.com!

Menerusi website tersebut, Malik memperkenalkan dirinya serta menceritakan serba sedikit tentang apa yang disukainya. Selain itu dia juga turut menyenaraikan ciri-ciri dan personaliti wanita yang mahu dikahwininya.

image is not available

Di penghujung page, Malik meletakkan borang untuk diisi oleh mana-mana wanita yang mahu berkenalan dengannya atau turut berkata sesiapa sahaja boleh cuba match kan jodoh untuknya.

image is not available 3 hari lalu

"Jom Nikah, I'm Ready!" - Viral Kisah Guru Kahwin Dengan Bekas Anak Murid Sendiri