MB ucap tahniah 1,476 usahawan wanita terima skim mula perniagaan

17 Jan 2022 • 12:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 17 JAN: Dato’ Menteri Besar merakamkan ucapan tahniah kepada 1,476 usahawan wanita Selangor yang berjaya memperoleh dana memulakan perniagaan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pembiayaan melalui Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) diharap membantu usahawan terbabit untuk berniaga.

“Semoga urusan keluarga dipermudahkan dengan sokongan skim ini,” tulisnya di Facebook hari ini.

Jumaat lalu, Amirudin berkata jumlah penerima manfaat itu membabitkan nilai pembiayaan bernilai RM6.07 juta setakat ini.

Menurutnya, skim itu membantu wanita memulakan perniagaan dengan mudah, cepat dan tidak membebankan.

Terbuka kepada wanita dan semua kaum, individu berminat boleh memohon melalui laman sesawang http://www.hijrahselangor.com atau hubungi pegawai pembiayaan di 20 cawangan Hijrah Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved