Anda tahu tak dalam iOS 15 ada bunyi hujan tersembunyi?

Digital
24 Jan 2022 • 8:58 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Anda pengguna iPhone ataupun iPad yang menjalankan iOS 15? Tentu anda tak tahu tentang fungsi tersembunyi yang terbenam dalam gajet ini. Ia dipanggil White Noise kerana sifatnya yang dikatakan boleh membawa ketenangan kepada telinga pendengarnya.

Menurut satu kajian saintifik, White Noise dicerap boleh membantu menangani kanak-kanak yang menghadapi masalah kekurangan tumpuan (ADHD). Walaupun ADHD dilaporkan berjaya dikurangkan dengan ubat, pendekatan holistik seperti White Noise dilihat penting sebagai penguat penyembuhan.

Cara hidupkan White Noise dalam iOS 15

Biasanya, APP khas perlu dipasang untuk mendengar White Noise tapi tahukah anda yang fungsi ini terbina dalam iOS 15/iPad OS 15? Malangnya ia diletakkan jauh di dalam ruang Setting telefon.

Anda perlu pergi ke Setting dan cari pilihan Accessibility. Di dalamnya, anda perlu cari pilihan Audio/Visual.

Di dalam tetapan Audio/Visual, cari Background Sound. Di bawah tetapan itu pula anda boleh pilih jenis bunyi yang ingin didengari. Anda 6 semuanya daripada Balanced Noise hinggalah Stream.

Selain tukar jenis bunyi, anda boleh tetapkan kekuatan audio ataupun tetapkan sama ada bunyi latar ini dimainkan bersama-sama dengan media-media yang dimainkan kemudian.

Bacaan tambahan