“Dah Macam Jual Bini” – Mufti Perlis Beri Teguran Isu ‘Unboxing Pengantin’

14 Jan 2022 • 3:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini menjadi trending ‘unboxing pengantin’ di media sosial yang memaparkan si suami membantu isteri membuka tudung secara perlahan-lahan.

Menurut laporan Berita Harian, perbuatan tersebut dilihat seperti ‘menjual diri’ dan perkara ini dikatakan sendiri Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Kebanggaan dan kesombongan untuk menunjukkan apa yang aku ada dan apa yang orang lain tiada sehingga ada yang terpengaruh dengan memuat naik kandungan unboxing isteri semata untuk mendapat like (tanda suka) yang banyak dalam media sosial.

Demi ‘like’ dan komen

Kalau korang perasan, banyak je ‘content’ yang mengarut dan melampaui batas dibuat bagi memperoleh like dan komen, betul tak?

image is not available

Kadang-kadang mereka ini membuat trend yang melampaui batas sampai mendedahkan isteri sendiri.

Beliau juga turut berkata terdapat hadis riwayat Al-Bukhari bahawa Nabi Muhammad SAW tidak membenarkan isteri bercerita mengenai tubuh badan perempuan lain kepada suaminya. Ini disebabkan perkara tersebut dapat menaikkan syahwat suaminya kepada perempuan lain.

Kalau boleh, jangan terlampau ikut trend macam ‘unboxing by husband’ ni. Tahu niat asal sebenarnya nak kongsi kegembiraan, tapi bila jadi macam ni dah macam jual isteri.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved