Netflix Akan Menambah Lebih Banyak Permainan Video Pada Tahun Ini – Termasuk Melesenkan Dari Yang Lain

TechnologyDigital
22 Jan 2022 • 11:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Netflix telah menyertai arena permainan video pada November 2021, dengan menawarkan beberapa permainan kepada pengguna peranti Android dan iOS.

Pada hari ini, sebanyak 10 permainan ditawarkan, dan turut terdiri daripada nama siri-TV dan filem popular.

Bergerak ke tahun 2022 kini, Netflix menyasarkan untuk terus memperluaskan portfolio permainan mereka – terdiri daripada permainan kasual dan juga berbentuk lebih tegar. Pelbagai genre juga dilihat akan ditambah.

Selain membangunkan sendiri, Netflix juga dilihat akan mengambil langkah seumpama siri-TV dan filem, dimana mereka melesenkannya daripada penerbit permainan sedia ada.

Dengan berebut masa yang dihabiskan pada platform, kini Netflix sedang membangunkan katalog permainan video mereka, dan ingin menjadi pusat sehenti untuk pelbagai perkara melibatkan hiburan.