Micron Melaburkan RM1 Juta Ke Sektor Pendidikan Dan Penyelidikan Tempatan – Bermula Dengan Universiti Sains Malaysia

TechnologyDigital
8 Jan 2022 • 12:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Micron, syarikat pembangun cip memori dan storan baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melaburkan RM 1 juta ke sektor pendidikan dan penyelidikan tempatan didalam arena bahan semikonduktor, pembuatan pintar dan juga kecerdasan buatan.

image is not available

Universiti Sains Malaysia merupakan institusi pengajian tinggi pertama yang telah menandatangani MoU dengan Micron, yang mana salah satu siswa atau siswazah PhD universiti tersebut dilihat akan menjadi sebahagian daripada penyelidikan isu dimensi didalam pembuatan semikonduktor.

Secara ringkasnya, individu tersebut akan menyelidik teknik-teknik untuk memudahkan proses pembangunan komponen semikonduktor kompleks. Individu ini juga, sekiranya berjaya berjaya melengkapkan penyelidikan PhD ini berkemungkinan besar akan dijawat oleh Micron di masa akan datang.

image is not available

Anda mungkin tidak mengetahui ini, tetapi Micron sudahpun mempunyai dua kilang pembuatan NAND dan DRAM di Muar, Johor dan juga Seberang Prai, Pulau Pinang. Micron juga dilihat sedang membina sebuah lagi kilang pembuatan semikonduktor di Batu Kawan yang dijangka akan beroperasi menjelang penghujung 2022 kelak.

Micron mengatakan bahawa kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia ialah kerjasama pertama dalam arena pendidikan dan penyelidikan ini, dimana mereka menjangkakan lebih banyak institusi pengajian tinggi akan menyertai kerjasama sama dalam tempoh lima tahun.