Realme 9i Kini Rasmi – Snapdragon 680, Skrin 90Hz Dan Pengecasan Pantas 33W

TechnologyDigital
11 Jan 2022 • 1:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Rangkaian peranti Realme dikemaskini dengan penawaran model baharu. Melaluinya, Realme 9i telah diumumkan secara rasmi di Vietnam dan ia merupakan peranti pintar dengan janaan cip Snapdragon 680. Untuk harga, Realme 9i dijual pada harga VND 6,490,000 (~RM1,199) untuk seunit. Terdapat dua pilihan warna yang tersedia iaitu Blue dan Black.

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, Realme 9i mempunyai skrin berukuran 6.6-inci beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. . Sebagai tambahan, terdapat juga ruang penambahan menerusi kad microSD dan RAM Maya mencapai 5GB.

Melengkapi peranti, sistem tri-kamera 50MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan pula adalah sebesar 16MP. Bateri pula 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Lain-lain spesifikasi termasuklah – bluetooth 5.0, port sambungan USB-C, pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm dan sebagainya.