Usahawan belia di Sepanggar dipelawa sertai program BUS

21 Jan 2022 • 12:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Persatuan Business Usahawan Sepanggar (BUS) mempelawa usahawan belia dan beliawanis di Parlimen Sepanggar untuk menyertai program-program ekonomi yang bakal dianjurkannya tahun ini.

Pengerusi BUS, Romeo Ansow berkata BUS akan menganjurkan program bermanfaat untuk melahirkan lebih ramai usahawan di negeri ini dalam usaha meneroka bidang perniagaan tanpa sempadan.

Romeo yang juga Setiausaha Perhubungan Awam kepada Menteri Sains Inovasi dan Teknologi Datuk Yakub Khan berkata program yang bakal diadakan tahun ini antaranya memberi pendedahan kepada usahawan tentang ekonomi digital, latihan, kursus dan lawatan ke institut seperti Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan banyak lagi.

“BUS juga akan berkerjasama dengan institusi kewangan perbankan dan bukan perbankan seperti Mara, Tekun dan lain-lain,” katanya.

Romeo yang juga Pengerusi Umno Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) Sepanggar berkata, BUS juga berhasrat melahirkan usahawan berdaya saing dan mampu menyahut cabaran lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19.

Maklumat lanjut, hubungi Setiausaha BUS Mohd. Azwan Ghaffar di 0103856115.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article