Apple Ingin Membolehkan Peniaga Menerima Bayaran Dari Kad Kredit Terus Menggunakan iPhone

TechnologyDigital
27 Jan 2022 • 10:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah perkhidmatan baharu yang memfokuskan peniaga kecil – membolehkan mereka menerima bayaran dari kad kredit terus menggunakan iPhone sahaja tanpa sebarang perkakasan tambahan.

Pada hari ini, terdapat beberapa perkhidmatan termasuk dari bank tempatan yang membolehkan peniaga menerima bayaran – tetapi perlu melanggan sebuah perkakasan tambahan yang dihubungkan ke telefon.

image is not available

Melalui ciri baru yang dalam pembangunan, ia hanya memerlukan kad kredit disentuh pada iPhone, dan bayaran akan dilakukan tanpa perlukan sebarang perkakasan tambahan. Sistem ini dijangka menggunakan teknologi NFC yang digunakan oleh Apple Pay.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan menjadikan iPhone menjadi salah satu terminal bayaran, dan digunakan peniaga kecil seluruh dunia.

Apple dijangka memperkenalkan ciri ini dalam beberapa bulan lagi, dan mungkin ia diuji dalam bentuk beta pada iOS 15.4 kelak.