Tujuh remaja ditahan bantu siasatan pergaduhan di Kunak

10 Jan 2022 • 9:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Tujuh remaja lelaki berumur antara 14 dan 17 tahun ditahan polis susulan video tular di media sosial Sabtu lepas mengenai pergaduhan antara beberapa remaja.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada tengah hari 28 Disember tahun lalu dan ditularkan sejak Sabtu lepas di Facebook.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendent Sabarudin Rahmat, berkata menerusi rakaman video berdurasi 28 saat itu, kejadian itu dipercayai berlaku di satu kawasan lapang di tapak Pasar Tamu di sini.