“Saya Yang Suruh…” – Selalu Curi Duit, Rupanya Atuk Sendiri Yang Minta AJK Masjid Buat ‘Report’ Polis

14 Jan 2022 • 3:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Datuk kepada Daniel Iskandar, remaja yang tular akibat mencuri duit tabung masjid memberi keterangan dan mendedahkan sikap sebenar cucunya memang ‘melampau.’

Menurut MalaysiaGazette, datuk kepada Daniel Iskandar itu sendiri telah pun memberi keterangan dan berkata bahawa dia yang meminta agar ahli jawatan kuasa (AJK) Masjid Al Islahiah membuat laporan polis ke atas cucunya.

Katanya, tujuannya adalah kerana mahu cucunya itu menjadi orang yang berguna. Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan bahawa Daniel adalah seorang remaja bermasalah dan baru terjebak dengan dadah sehingga menjadi penagih.

 

Henti salahkan AJK masjid

Datuk kepada Daniel, Rosli Sidek menyatakan, dia tidak mahu orang lain menerima nasib yang sama seperti keluarganya akibat dari sikap negatif cucunya itu.

Rosli Sidek turut meminta orang ramai supaya berhenti menyalahkan serta menghentam AJK masjid di atas perbuatan yang mereka lakukan.

Daniel Iskandar merupakan remaja yang bermasalah dan saya tidak sanggup menjaganya kerana tindakan yang tidak boleh dikawal lagi dan agresif.”

Sebelum ini, Daniel dikatakan pernah mencuri wang dan motosikal Rosli selain turut mencuri wang simpanan umrah arwah neneknya, telefon bimbit saudaranya serta pernah mengugut untuk mencederakan arwah neneknya.

 

Tak ambil hati video cucu viral

Menurut Rosli lagi, dia tidak mengambil hati apabila video cucunya dimandikan seperti jenazah itu tular di media sosial sebaliknya bersyukur kerana Daniel diberi pendidikan kerana mencuri.

Nasib baik hanya dijirus air biasa, kalau air panas macam mana?”

image is not available

Selain itu, dia turut mempunyai beberapa permintaan dan berharap ianya dapat ditunaikan. Antaranya adalah, jika Daniel dibebaskan, dia mahu cucunya itu dimasukkan ke rumah perlindungan atau pusat kemahiran.

Dia juga berharap agar polis dapat memberi jaminan agar dia tidak diganggu oleh menantunya, iaitu bapa kepada Daniel Iskandar.

Jelas Rosli lagi, dia tidak pernah meminta Daniel membeli ubat sehingga perlu mencuri. Malah, dia ada menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM400 sebulan.

Pihak AJK masjid juga selalu bertanya khabar dan memberi barang keperluan asas seperti beras setiap bulan.

Semoga atuk Daniel diberikan kesihatan yang baik dan perlindungan selepas ini. Dan diharapkan tiada lagi pihak yang cuba membuat spekulasi serta dakwaan berkenaan kes ini lagi.

image is not available 5 jam lalu

"Dah Agak Dah.." - Viral Remaja Curi Tabung Masjid Nak Beli Ubat Untuk Atuk, Rupanya Positif Syabu