“Enam hari kami terperangkap dalam banjir”

10 Jan 2022 • 5:01 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

SEGAMAT : “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”, demikian yang boleh digambarkan apabila melihat keadaan penduduk warga Orang Asli di Kampung Orang Asli, Tanjung Tuan setelah hampir seminggu terperangkap susulan banjir besar yang melanda daerah Mersing.

MAPIM MALAYSIA dan MAPIM RANGERS turun menyampaikan lebih 300 kotak bantuan berbentuk barangan keperluan asas di dua kawasan kampung Orang Asli iaitu Tanjung Tuan dan Tanah Abang.

image is not available

image is not available

image is not available

Menurut mangsa banjir Kg Orang Asli Tanjung Tuan, Tok Batin, 62, banjir yang berlaku kali ini sangat teruk dengan kenaikan air sehingga tiga meter dan menyebabkan hampir semua rumah tenggelam.

image is not available

“Masa banjir berlaku, kami semua terperangkap di sini selama enam hari dan tidak dapat berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang berhampiran.

“Hampir semua rumah di sini tenggelam termasuk sekolah, tadika dan ada juga rumah yang hanyut dibawa arus,” katanya.

Tambah Tok batin, mereka tidak dapat keluar mendapatkan barang keperluan akibat terperangkap dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan dari luar.

image is not available

“Ketika kejadian banjir berlaku, kami berasa bimbang dan risau kerana paras air naik terlampau laju sehingga menutup beberapa jalan utama yang menyukarkan kami untuk keluar mencari bekalan anak-anak,” kata seorang lagi mangsa banjir orang asli, Siti Idayu, 26.

Difahamkan, rata-rata penduduk Kg Orang Asli di sini bekerja di ladang-ladang ada juga yang menjadi petani.

image is not available

Menurut Komander Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol, Setiausaha Agung MAPIM yang menjadi ketua misi banjir ini, “Memang menyedihkan mendengar cerita mereka. Bayangkan sahaja, kesejukan, lapar dan risaukan keadaan keluarga. Jadi kami sangat berharap bantuan kami ini, walaupun tidak banyak, ia akan mampu meringankan sedikit beban mereka. Namun, kami masih perlukan bantuan dan sumbangan orang ramai, kerana masih ramai yang mahu dibantu.”

image is not available

Misi Banjir Johor adalah antara misi banjir yang digerakkan MAPIM Malaysia dan MAPIM Rangers yang sentiasa dalam keadaan bersedia 24 jam.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

image is not available

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today